Monday, March 31, 2008

Promosi Dari Hostwaves


Adakah kamu seorang BLOGGER? Adakah anda Adalah HOST Wensite?? Tidak berpuas hati dengan web hoster sekarang?? adakah anda ingin mempunyai email sendiri seperti dibawah:




Kami boleh membantu anda...


Masukkan kupon kod : FS-APRIL semasa mendaftar HostwavesStandardPackage, dan anda akan dapat 500MB untuk keperluan blog, free.com atau .netdomain untuk sepanjang tahun beserta diskaun 25%.


Masih x cukup?


Kami akan membantu anda, anda cuma perlu emailkan kepada sales@hostwaves.com (bahasa Inggeris adalah bahasa utama) atau direct kepada saya (khalemi) billing@hostwaves.com, kami akan mengikut citarasa(customize) tempahan pakej yang anda mahukan.


Akaun anda adalah cPanel 11 membolehkan anda "install" perisian blog seperti Wordpress menerusi Fantasticoautoinstaller.


Kami akan "setup"dengan MSN Live Mail atau GmailApps Standard supaya email kamu (namaglamour@namaanda.com) boleh digunakan pada YM atau IM.


Jadi apa tunggu lagi?!


orderla di link ini... http://hostwaves.com/products


Offer ini adalah sah sehingga akhir April.



Khalemi.M


(CCNA,MCDST-MCP)



Sunday, March 30, 2008

Seorang kanak-kanak Genius kecundang di dalam pelacuran...





Sewaktu bahagia: Sufiah,Yusof dan adiknya Aisha (hari pertama di Oxford)



LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester. Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu. Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.

Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi. Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’

“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi. Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri. Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’. Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel. Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana. Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun.


















Hari perkahwinan Sufiah dengan Jonathan Marshall (2004)

Friday, March 28, 2008

Tag - 5 Perkara Pertama Dalam Hidupku


Arghhh.... Aku terkene jugak penangan TAG - 5 nie... aduh... x ku sangka akhirnya titan akan mengenakan aku... sampai hait ko titan... tengok.. smpai aku terpaksa bukak satu blog baru bagi tidak mencemarkan blog aku yang len... sbb mengikut perancangan awal blog www.rafh-dragonz.blogspot tue hanya dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sahaja... ish... tapi x pe demi menyahut cabaran dari blogger tanah air yg ku cinta ini... akan aku berusaha juga..


Time ntuk balas dendam..... muahahaha....


So, ini peraturan tak rasmi TAG terbaru dari AfzaiAfandi ini :


1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.


Sudah bersedia!!!... OK kite mulakan sekarang... edisi balas dendam


TAJUK TAG: Lima perkara pertama dalam hidupku

  1. Kali pertama aku tidak suka kat seseorng... maksud saya.. sangat-sangat tidak suka... Orang itu adalah kerani kat opis aku... Aku tau dia slalu mengumpat pasal aku.. mengata pasal aku... sebab setiap kali aku lalu kat meja dia.. dia slalu berbisik dengan kawan dia... ini mengundang kemusykilan di dalam hati aku... aku memang terasa hati sangat... satu lagi entah kenapa setiap kali nk mintak tolong dari aku, dia x penah cakap pelan2... asyik jerit-jerit je... padahal bukan aku x buat kerja... even mase tu aku tengah berbincang dengan klien dia boleh je redah n jerit-jerit kat aku suh aku pg turun buang sampah kat bawah... malu giler aku... ini memang menjatuhkan maruah aku.... walaupon jawatan aku lagi tinggi dari dia... tp gaji aku lagi rendah dari dia... mybe sebab tu la dia x respek aku... aku dah nekad.... start bulan 4 nie aku hantar surat notis benti keje dari sini...(kalu dapat berhenti la) hahaha...

  2. Kali pertama aku di tinggalkan oleh awek yg amat aku sayangi... huhu sungguh sedih maa... tak terhingga... macam dah hilang apa sahaja dalam hidup... dah x terurus hidup aku... ermm... smpai sini je la.. hehe.. lain2 rahsia... keh keh keh...

  3. Kali pertama aku join meeting dengan syarikat besar...(memang impian aku nak keje kat situ) hoho... macam mimpi je rase.. cakap ngan chairman, cakap i & u aje... walaupon org tu name dia Dato' ******* ( cannot mention his name with out permission) tp sungguh hebat... banyak benda baru aku blaja kat sana... yg paling best jamuan dia... hehe.. lepas meeting jom pekena nasi beriani kambing... hahaha....

  4. Hm... ape ek nak tulis... owh.. thnks titan sebab bagi tunjuk ajar... n pertama kali nyer aku berjaya buat adsense kat blog... hoho macam best je... nie la aku nyer first bisness kat tenet gune adsense... sebelum ni x reti pom nk wat bisness kat tenet... :D

  5. Pertama kali nyer aku mengikuti program TAG 5 nie.. memula macam suke jugak la nak tag orang.. tapi tetibe x tau nak tag sape.. aduhai... mane pegi list name tadi....tapi la kan tetibe je terasa nak tag titan balik agar dia cerita lagi ape rahsia nyer.. muuahahahaha.....

Tu je la aku nak cite skunk.. lain-lain kemudian hari hehe :D

mangsa-mangsa tag aku :

  1. sabariah2008 : antara bisnessman yang slalu promote barang kat aku.. dan seorg sahabat yang baik....
  2. zira bidey : schoolmate aku @ junior aku.. hehe....
  3. anuar1108: Kawan baik aku semenjak sekolah menengah lagi
  4. Eliyana Elias: Seorang penasihat yang baik...
  5. nadd_natrinie: a.k.a partner aku haha....